Moshi Moshi

Saturday, December 13, 2008

::Mesirkuuu...::

Mesirku...
Namamu tak terukir
Dalam catatan harianku
Asal usulmu tak hadir
Dalam diskusi kehidupanku
Wajah wujudmu tak terlukis
Dalam sketsa mimpi-mimpiku
Indah suaramu tak terakam
Dalam pita batinku
Namun kau hidup mengaliri
Pori-pori cinta dan semangatku
Kerna....
Kau adalah hadiah agung
Dari Tuhan
Untukku
Ya Mesirkuuuu....


Seorang lelaki soleh yang akan menjadi Mesirku, yang akan aku cintai sepenuh hati dalam hidup dan mati, yang akan aku harapkan jadi teman perjuangan meredah masa depan, dan menapaki jalan Ilahi...siapa?? Wallahualam... Dia masih berada dalam alam ghaib yang belum dibukakan oleh Tuhan untuk aku. Jika waktunya sudah tiba, semuanya akan terang. Hadiah agung dari Tuhan itu pasti akan datang....ana uhibbuka fillah ya akhi..InsyaAllah~

Friday, December 12, 2008

::Jom Edit Foto!!::

Tonooottttt... Baru2 ni aku discover 1 website ni, seronok gak la layan website tu..boleh edit2 foto. Tanpa menghiraukan waktu yang berjalan, aku pun melekat kat website tu tanpa sebarang kompromi sampai kul 3 pg. hehee.. Kat sini aku upload beberapa keping foto hasil daripada ketekunan aku tu.. hukhukk..lets check it out babeyh..












Hohoo...ni beberapa keping je yang aku upload, ada banyak lagi yang aku buat tapi tak larat lak nak upload semua. Aku suka foto yang kat tv lama tu, nmpak cam real je. Foto yang last tu aku agak geli la tengok..nevermind, juz for fun..yaaayy! Kepada siapa2 yang berminat nak try mende haram jadah ni, boleh la click kat link yang aku sediakan kat bawah ni...seronok beb,try la...


--> http://www.photofunia.com/


Owkey, have fun...daaaaaaaaaa~!!

Thursday, December 11, 2008

::Ayat-ayat Cinta::

Hurmm..minggu lepas aku dengan family aku pergi Kota Bharu, ayah aku outstation kat sana. 5 hari stay kat sana, macam bercuti gak la. Selama 5 hari aku stay kat hotel tu, aku isi waktu aku dengan membaca novel Ayat-ayat Cinta yang dikarang oleh Habiburrahman, bekas penuntut Universiti Al-Azhar..(safwa baca novel=pelik tapi benar)..kuikuii! Honestly, aku ni bukan la jenis yang suka sangat baca novel2 ni..tapi hati aku terpanggil nak baca novel ni lepas aku layan filem Ayat-ayat Cinta. Pada aku, filem tu lain la dari filem2 cinta yang lain..filem tu betul2 buat aku fikir lebih dalam lagi tentang cinta dalam islam..tentang jodoh..tentang kesabaran...berkaca gak la mata aku layan cerita tu. Ok, berbalik pada novel Ayat-ayat Cinta ni..sebenarnya, cerita dalam novel lagi complete la berbanding filem..setiap situasi tu dihuraikan dengan begitu detail sekali..apa yang difilemkan tu sebenarnya yang telah diringkaskan sangat2..ada gak scene2 yang ada dalam novel tapi xde dalam filem, contohnye time fahri masuk hospital..mungkin pihak produksi nak jimatkan masa kot, sbb tu ada scene2 yang terpakse dicantas..huhu. Aku rasa tak rugi pun kalau kita baca novel ni sebab banyak input n ilmu yang kite boleh dapat sebab novel ni bukan sekadar kisah cinta semata2 tapi ada gak menyelitkan hadis2 nabi beserta huraiannya sekali, kisah2 nabi dan para sahabat...semua tu kan ilmu.. Ilmu yang dapat meningkatkan rasa cinta kita pada agama kita. Cewahh,ini betul cakap maa..novel pembangun jiwa la katakan. Even novel ni dalam bahasa indonesia, tapi xpe..still boleh faham lagi. Nak cite panjang2 pun x guna, kat sini aku dah sediakn link untuk korang download novel tu..baca n judge la sendiri. Tak rugi pun baca, banyak ilmu dalam tu..tak salah kan sekali-sekala baca novel islamik macam ni untuk bersihkan jiwa..heee~

--> Download Novel Ayat-ayat Cinta

Kat bawah ni gak aku sediakan link2 untuk korang download sountrack filem Ayat-ayat Cinta.. Sountrack dia memang superb la..layanzzzz...

--> Ayat-ayat Cinta (Rossa)

--> Takdir Cinta (Rossa)

--> Jalan Cinta (Sherina)

--> Tercipta Untukku (Rossa ft. Ungu)

Ok, semoga terhibur...berhibur sambil membersihkan jiwa..k,daaaaaaa~!!

p/s: Sg. Nil dan Mesir adalah jodoh...if i was Nil, makanya..Mesirku dimana ya??

Wednesday, December 10, 2008

::Bingkisan Doa::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih...

Ya Allah, Ya Tuhanku...
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku, tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu kekal abadi
Dan Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Penyayang
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi
Tetapi Ya Allah, Ya Tuhanku
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Serta Ya Allah
Ya Tuhanku yang Maha Pengasih
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya
Jauh ke dada langit
Bersama senja nan merah
Agarku bisa bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya
Dan Ya Allah yang tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya
Ya Allah, Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah ditakdirkan
Adalah yang terbaik buat diriku ini
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini
Ya Allah cukuplah Engkau sahaja
Yang menjadi Pemeliharaku
Di Dunia dan juga di Akhirat nanti
Dengarlah permintaan dan rintihan dari
HambaMu yang daif ini Ya Allah
Jangan Engkau biarkan aku bersendirian
Di Dunia ini mahupun di Akhirat nanti
Menjuruskan aku ke arah
Kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah padaku seorang
Pasangan yang beriman dan beramal soleh
Supaya diriku dan dirinya sama-sama
Mendapat keredhaan dariMu Ya Allah
Dan seterusnya Ya Allah
Dapat membina hidup ini
Dengan penuh kesejahteraan
Ke jalan yang Engkau redhai
Serta kurniakanlah pada kami Ya Allah
Keturunan yang soleh dan solehah
AMIN...YA RABBAL A'LAMIN............