Moshi Moshi

Friday, March 5, 2010

::Keranamu Amanda::


Melihatkan anak kecil ini membesar di depan mata, hati terasa begitu bahagia. Saban hari, ada sahaja telatah baru yang di pamerkan. Hilang segala penat tatkala pulang dari kerja apabila melihat si comel ini ketawa mengekek sambil menggerak-gerakkan kaki dan tangannya minta didukung sebaik saja aku muncul di depan pintu. Jika tidak di turuti permintaanya, mulutnya mula bising menjerit-jerit seolah-olah ingin aku memberi perhatian kepadanya. Hihihi...Amanda2...=) Hati wanita mana yang tidak tersentuh melihat zuriat yang dikandung di dalam rahimnya selama sembilan bulan, kini sudah mula memanggilnya 'ma..mmaaa'. Meskipun ungkapan itu bukanlah ditujukan kepadaku, namun setiap kali bibir kecil itu melontarkan ungkapan itu, hatiku turut tersenyum =) Itulah anak. Anugerah terindah yang diberikan oleh Allah, hasil ikatan suci dua hati. Namun, mengapakah ada segelintir manusia yang sanggup menzalimi anak kecil sebegitu?? Tidak wujudkah perasaan kasihan di hati mereka tatkala melihat anak itu meronta-ronta menangis kesakitan?? Tergamakkah melihat anak itu menghembuskan nafas terakhir disebabkan kezaliman anda sendiri?? Huh....

p/s: Kenapa ada wanita yang sanggup tinggalkan anak sendiri dengan bf yang jelas-jelas pemabuk+kaki pukul? Disebabkan KEBODOHAN kau sendiri, anak kau jadi mangsa! Oppsss..i didn't mentioned any name here. So, siapa yang makan taik, dialah yang terasa payaunya. No doubt! Justice for kids. Adios~

Friday, February 26, 2010

::PadaMu Ku Bersujud::

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa

Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan kurniaMu
Dalam sunyi aku bersujud

Free Download ---> PadaMu Ku Bersujud (Afgan)

Sunday, February 21, 2010

::Tertinggalkan Waktu::


Ku terbangun dari tidur panjang...yang lelahkanku
Ku sedari semua yang berjalan...telah tinggalkanku

Thursday, February 18, 2010

::Cinta Terakhir::

"Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita..."

~ Cinta Terakhir, Aiman ~ (Free download)

Friday, February 12, 2010

::Masa Lalu Tertinggal::

...kini kubiarkan masa lalu menghilang...
...dan tanpa beban aku meninggalkan belakang...

Thursday, January 21, 2010

::(^_^)::

A story of love that was fated to be......^^

::09 January 2010::KLIA::

Miss u much my dear...
Really miss all the sweetest moment that we've spent together...
Ngeee..i can't wait to see you to come back 'home' again
till then...take a very good care of yourself there~

Update:
thanx syg..for this----> song
terharunye sy...(~_~) hehee
"ku ingin kamu" for you too

Wednesday, November 18, 2009

::Baby Please Don't Cry::

amanda x mo nanges2 lagi taw...
amanda kene kuat...
amanda kene saba...
sume orang sayang amanda...
sume orang nak tengok amanda cihat...
sume orang nak tengok amanda cenyum je...
x mo caket2...
x mo nanges2...
baru la tomey...hokeyh sayang??

Monday, October 26, 2009

Friday, October 23, 2009

::EIA & Auditing::

Huhu..dah lama tak update pasal diri sendiri. Asyik update pasal amanda sofea je. Kita tinggal jap story pasal budak kecik tu. Sekarang nak bukak cerita pasal EIA and auditing pulak. Subjek yang super hell..huh! Nasib baik xde final paper. Untuk subjek ni, first week pun kitorang dah struggle cari report EIA yang tebal tu. Punya la susah nak dapat. Confidential la konon. Subra pulak asyik push je. Kalau tak dapat cari kene potong markah. Yay.. Bila dah dapat report EIA tu, nak kene review pulak. Daripada report yang 300 pages tu kene summarize kan jadi 10 pages je. Aduyaii.... Then, masuk lak second phase...environmental auditing. Setiap group kene pilih satu site berdasarkan EIA report yang diorang dapat tu. Group aku pilih mixed development kat Bukit Subang . Project under Sime Darby. So, auditing pun dijalankan la dekat situ. Lebih kurang sebulan kot nak setelkan kerja2 mengaudit tu. Panas...hujan...busuk...semak samun...semuanya kitorang redah je.

Bila dah setel auditing, start lak kerja2 menganalisis data untuk water samples. Time ni start la berkampung kat lab sampai malam. Ada parameter yang boleh run test dekat lab puncak alam je..ada yang kene run dekat lab JO. So, terpaksalah berulang alik ke PJ..jauh maaaa!! Then, bila dah dapat result untuk semua2 sample tu..bermula la kerja2 menyiapkan report. Time ni memang struggle duduk depan laptop je. Maka, bermula la kerja2 menokok result..adjust sane..adjust sini..nak kasi result cun dan gempak la kunun. Hahahaha. Finally, tiba la masa untuk kene hentam kaw2 ngan subra..PRESENTATION!! yeahhh...presentation kali ni agak gempak la. Sekali ngn seminar EIA. Siap jemput wakil DOE, MeNGO, project proponent, local authorities bagai... Sangat stress tau~


During auditing....


During rehearsal.... (one day before the presentation)

Group 4 tengah discuss (nga discuss ke gossip tu??)

muke stressssssss je.....!!!

On the day....

With our project proponent from Sime Darby

p/s: anim..nk tdo p balik bilik la..hehehe

memory of Group 4....

Group 4 yang nerd..ekekeke



Alhamdulillah..semuanya dah setel. Thanx and all the best to everybody~

Sunday, October 18, 2009