Moshi Moshi

Thursday, December 11, 2008

::Ayat-ayat Cinta::

Hurmm..minggu lepas aku dengan family aku pergi Kota Bharu, ayah aku outstation kat sana. 5 hari stay kat sana, macam bercuti gak la. Selama 5 hari aku stay kat hotel tu, aku isi waktu aku dengan membaca novel Ayat-ayat Cinta yang dikarang oleh Habiburrahman, bekas penuntut Universiti Al-Azhar..(safwa baca novel=pelik tapi benar)..kuikuii! Honestly, aku ni bukan la jenis yang suka sangat baca novel2 ni..tapi hati aku terpanggil nak baca novel ni lepas aku layan filem Ayat-ayat Cinta. Pada aku, filem tu lain la dari filem2 cinta yang lain..filem tu betul2 buat aku fikir lebih dalam lagi tentang cinta dalam islam..tentang jodoh..tentang kesabaran...berkaca gak la mata aku layan cerita tu. Ok, berbalik pada novel Ayat-ayat Cinta ni..sebenarnya, cerita dalam novel lagi complete la berbanding filem..setiap situasi tu dihuraikan dengan begitu detail sekali..apa yang difilemkan tu sebenarnya yang telah diringkaskan sangat2..ada gak scene2 yang ada dalam novel tapi xde dalam filem, contohnye time fahri masuk hospital..mungkin pihak produksi nak jimatkan masa kot, sbb tu ada scene2 yang terpakse dicantas..huhu. Aku rasa tak rugi pun kalau kita baca novel ni sebab banyak input n ilmu yang kite boleh dapat sebab novel ni bukan sekadar kisah cinta semata2 tapi ada gak menyelitkan hadis2 nabi beserta huraiannya sekali, kisah2 nabi dan para sahabat...semua tu kan ilmu.. Ilmu yang dapat meningkatkan rasa cinta kita pada agama kita. Cewahh,ini betul cakap maa..novel pembangun jiwa la katakan. Even novel ni dalam bahasa indonesia, tapi xpe..still boleh faham lagi. Nak cite panjang2 pun x guna, kat sini aku dah sediakn link untuk korang download novel tu..baca n judge la sendiri. Tak rugi pun baca, banyak ilmu dalam tu..tak salah kan sekali-sekala baca novel islamik macam ni untuk bersihkan jiwa..heee~

--> Download Novel Ayat-ayat Cinta

Kat bawah ni gak aku sediakan link2 untuk korang download sountrack filem Ayat-ayat Cinta.. Sountrack dia memang superb la..layanzzzz...

--> Ayat-ayat Cinta (Rossa)

--> Takdir Cinta (Rossa)

--> Jalan Cinta (Sherina)

--> Tercipta Untukku (Rossa ft. Ungu)

Ok, semoga terhibur...berhibur sambil membersihkan jiwa..k,daaaaaaa~!!

p/s: Sg. Nil dan Mesir adalah jodoh...if i was Nil, makanya..Mesirku dimana ya??

No comments: