Moshi Moshi

Saturday, December 13, 2008

::Mesirkuuu...::

Mesirku...
Namamu tak terukir
Dalam catatan harianku
Asal usulmu tak hadir
Dalam diskusi kehidupanku
Wajah wujudmu tak terlukis
Dalam sketsa mimpi-mimpiku
Indah suaramu tak terakam
Dalam pita batinku
Namun kau hidup mengaliri
Pori-pori cinta dan semangatku
Kerna....
Kau adalah hadiah agung
Dari Tuhan
Untukku
Ya Mesirkuuuu....


Seorang lelaki soleh yang akan menjadi Mesirku, yang akan aku cintai sepenuh hati dalam hidup dan mati, yang akan aku harapkan jadi teman perjuangan meredah masa depan, dan menapaki jalan Ilahi...siapa?? Wallahualam... Dia masih berada dalam alam ghaib yang belum dibukakan oleh Tuhan untuk aku. Jika waktunya sudah tiba, semuanya akan terang. Hadiah agung dari Tuhan itu pasti akan datang....ana uhibbuka fillah ya akhi..InsyaAllah~

Friday, December 12, 2008

::Jom Edit Foto!!::

Tonooottttt... Baru2 ni aku discover 1 website ni, seronok gak la layan website tu..boleh edit2 foto. Tanpa menghiraukan waktu yang berjalan, aku pun melekat kat website tu tanpa sebarang kompromi sampai kul 3 pg. hehee.. Kat sini aku upload beberapa keping foto hasil daripada ketekunan aku tu.. hukhukk..lets check it out babeyh..












Hohoo...ni beberapa keping je yang aku upload, ada banyak lagi yang aku buat tapi tak larat lak nak upload semua. Aku suka foto yang kat tv lama tu, nmpak cam real je. Foto yang last tu aku agak geli la tengok..nevermind, juz for fun..yaaayy! Kepada siapa2 yang berminat nak try mende haram jadah ni, boleh la click kat link yang aku sediakan kat bawah ni...seronok beb,try la...


--> http://www.photofunia.com/


Owkey, have fun...daaaaaaaaaa~!!

Thursday, December 11, 2008

::Ayat-ayat Cinta::

Hurmm..minggu lepas aku dengan family aku pergi Kota Bharu, ayah aku outstation kat sana. 5 hari stay kat sana, macam bercuti gak la. Selama 5 hari aku stay kat hotel tu, aku isi waktu aku dengan membaca novel Ayat-ayat Cinta yang dikarang oleh Habiburrahman, bekas penuntut Universiti Al-Azhar..(safwa baca novel=pelik tapi benar)..kuikuii! Honestly, aku ni bukan la jenis yang suka sangat baca novel2 ni..tapi hati aku terpanggil nak baca novel ni lepas aku layan filem Ayat-ayat Cinta. Pada aku, filem tu lain la dari filem2 cinta yang lain..filem tu betul2 buat aku fikir lebih dalam lagi tentang cinta dalam islam..tentang jodoh..tentang kesabaran...berkaca gak la mata aku layan cerita tu. Ok, berbalik pada novel Ayat-ayat Cinta ni..sebenarnya, cerita dalam novel lagi complete la berbanding filem..setiap situasi tu dihuraikan dengan begitu detail sekali..apa yang difilemkan tu sebenarnya yang telah diringkaskan sangat2..ada gak scene2 yang ada dalam novel tapi xde dalam filem, contohnye time fahri masuk hospital..mungkin pihak produksi nak jimatkan masa kot, sbb tu ada scene2 yang terpakse dicantas..huhu. Aku rasa tak rugi pun kalau kita baca novel ni sebab banyak input n ilmu yang kite boleh dapat sebab novel ni bukan sekadar kisah cinta semata2 tapi ada gak menyelitkan hadis2 nabi beserta huraiannya sekali, kisah2 nabi dan para sahabat...semua tu kan ilmu.. Ilmu yang dapat meningkatkan rasa cinta kita pada agama kita. Cewahh,ini betul cakap maa..novel pembangun jiwa la katakan. Even novel ni dalam bahasa indonesia, tapi xpe..still boleh faham lagi. Nak cite panjang2 pun x guna, kat sini aku dah sediakn link untuk korang download novel tu..baca n judge la sendiri. Tak rugi pun baca, banyak ilmu dalam tu..tak salah kan sekali-sekala baca novel islamik macam ni untuk bersihkan jiwa..heee~

--> Download Novel Ayat-ayat Cinta

Kat bawah ni gak aku sediakan link2 untuk korang download sountrack filem Ayat-ayat Cinta.. Sountrack dia memang superb la..layanzzzz...

--> Ayat-ayat Cinta (Rossa)

--> Takdir Cinta (Rossa)

--> Jalan Cinta (Sherina)

--> Tercipta Untukku (Rossa ft. Ungu)

Ok, semoga terhibur...berhibur sambil membersihkan jiwa..k,daaaaaaa~!!

p/s: Sg. Nil dan Mesir adalah jodoh...if i was Nil, makanya..Mesirku dimana ya??

Wednesday, December 10, 2008

::Bingkisan Doa::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih...

Ya Allah, Ya Tuhanku...
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku, tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu kekal abadi
Dan Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Penyayang
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi
Tetapi Ya Allah, Ya Tuhanku
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Serta Ya Allah
Ya Tuhanku yang Maha Pengasih
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya
Jauh ke dada langit
Bersama senja nan merah
Agarku bisa bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya
Dan Ya Allah yang tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya
Ya Allah, Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah ditakdirkan
Adalah yang terbaik buat diriku ini
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini
Ya Allah cukuplah Engkau sahaja
Yang menjadi Pemeliharaku
Di Dunia dan juga di Akhirat nanti
Dengarlah permintaan dan rintihan dari
HambaMu yang daif ini Ya Allah
Jangan Engkau biarkan aku bersendirian
Di Dunia ini mahupun di Akhirat nanti
Menjuruskan aku ke arah
Kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah padaku seorang
Pasangan yang beriman dan beramal soleh
Supaya diriku dan dirinya sama-sama
Mendapat keredhaan dariMu Ya Allah
Dan seterusnya Ya Allah
Dapat membina hidup ini
Dengan penuh kesejahteraan
Ke jalan yang Engkau redhai
Serta kurniakanlah pada kami Ya Allah
Keturunan yang soleh dan solehah
AMIN...YA RABBAL A'LAMIN............



Saturday, November 22, 2008

::Kisah First Week Aku Kat SHAH::

Waaaaaaa..boringnyaaaa..tiba2 aku rasa rindu sangat2 kat zaman duduk SHAH dulu...banyak sangat memori2 aku kat SHAH yang aku rasa tak akan lupe sampai bila2 walaupun aku dah tua kecut2 nanti..huhu. Nak isi masa lapang punya pasal, aku nak imbau balik kisah mula2 aku masuk SHAH..betapa huru-haranye hidup aku untuk first week tu..culture shock giler laa! hehe.. 19 Januari 2000, hari pertama aku melangkah kat SHAH Pekan, hari rabu, dalam pukul 9.15 pagi..eceh..detik keramat tu. Sampai2 je, ada kakak2 n abang2 prefect sambut. Time aku register tu, diorang kasi aku sorang kakak angkat..ni memang tradisi SHAH la, setiap junior yang baru masuk mesti dapat abang or kakak angkat. So, kakak angkat aku ni la yang banyak kasi tunjuk ajar camne nak sesuaikan kan diri dengan kehidupan kat SHAH. Thanx kak Yana!! Aku dapat rumah sukan Aminuddin(merah), dorm Astana 12 n clas 1 Bakti. Dorm aku aras 3 yakni atas skali. 1 dorm tu ada 16 orang campur2 dari form 1-5. Aras tu ikot rumah sukan. Disebabkan aku rumah merah, makanya 1 aras tu kaler merah je semua termasuk cadar, langsir dan yang sewaktu dengannya. Bila dah setel register semua2 tu, parents aku pun balik...maka bermula la satu episod baru dalam life aku...hidup berasrama+berdikari. Waktu tu umur aku belum pun mencecah 12 tahun..baligh pun belum..huhu. Makanya orientasi pun bermula..penat..tapi seronok! Orientasi untuk first day tu habis pukul 11.15 malam. Baju untuk pergi sekolah esok belum iron lagi..huh.. Kalau duduk rumah mesti mama dah siap2 ironkan..sobsobbsss. Aku tengok bilik iron aras aku ramai gile gadis2 tengah tunggu turn nak iron. So, aku dengan kawan baru aku turun bawah, dengan harapan nak iron kat bilik TV. Dalam tu ada la dalam 2-3 orang kakak senior form 5 nak iron baju gak. Waktu tu pukul 11.30 mlm, dah lights off pun. Mule2 2-3 orang je senior, pastu kawan2 diorang datang untuk iron makin ramai. Tunggu punya tunggu, pukul 2 pagi baru aku ngan kawan aku dapat iron..huh! Senior yang last skali iron tu bagitau kitorang "adik, lenkali kalau nak iron kene cop tempat dulu tau". Lorrh..aku ingat 'first come first serve', bukan shower je yang kene cop2 ni, tempat iron pun kene cop rupanya. Aku ngan kawan aku tu orang last iron malam tu, pastu kitorang terus naik dorm. Malam pertama aku tido kat hostel, aku nanges dalam kelambu. Hakhak! Aku dapat katil atas. Aspuri(asrama puteri) tu pulak wajib pasang kelambu. So, dapat la nanges cover2 di sebalik kelambu..hehe. Nanges2 sampai la tertidur. Esok paginye aku bangun(agak lewat). Shower n toilet dah full. Aku kena amek turn..huh! Dugaan..inilah adat resam duduk hostel. Dah setel mandi n solat subuh tu, aku pun siap2 pakai baju sekolah. First time pakai baju sekolah dengan kain biru muda...waaaaaaa, aku dah sekolah menengah!! Pukul 6.40 pagi, prefect bunyikan loceng n announce mintak semua budak form 1 turun beratur. Aku pun cepat2 siap n turun. Punya la serabut time tu, sampai aku terlupa nak pakai stokin! hakhakk.. Bile semua budak form 1 dah turun, ktorang pun masuk la Dewan Makan(DM) untuk breakfast. Sekali lagi ujian untuk kitorang, mee DM pagi tu masin gile!! Tak boleh nak makan pun. Waduhhhh..dalam hati dah menjerit2 taknak duduk hostel!!! Lepas makan tu(x makan pun sebenarnya), kitorang beratur semula. Kakak2 prefect boleh pulak check sorang2. Makanya kantoi la aku tak pakai stokin..hahaa. Aku cakap aku kelam kabut tadi, terlupe nak pakai. Nasib baik kakak tu baik hati, die suruh aku naik dorm semula n amek stokin. Budak2 lain pun ada gak yang kantoi. Biasa la hari first, serabot semua. Kul 7 pagi, kitorang semua dah ada dalam class. Aku class 1 bakti..class Arab(atas paksaan ibubapa)..hehehe. Sesi suai kenal pun bermula la. Girls class aku ada 6 orang je mula2...aku, najibah, norol, masyitah, hazwani n yusmawati(Izzati belum masuk lagi). Dalam pukul 9 pagi tu, tiba2 ayahanda pengetua kitorang masuk class. Ayahanda ucapkan selamat datang kat kitorang n mintak maaf pasal mee masin time breakfast pagi tadi. Dia cakap kul 10 nanti pgi DM. DM buat breakfast lain untuk kitorang. Waaahhhhh..makasih ya ayahanda..soalnya, aku lapar banget!! hehe. First day tu, tak belajar pun lagi. Cuma sesi suai kenal n cikgu2 kasi nasihat untuk kitorang supaya cekalkan hati duduk kat SHAH ni n jangan homesick..hehe. Pukul 2 petang baru habis sesi akademik, terus gi DM untuk lunch pulak. Nak amek nasi kena beratur, nak amek lauk pun beratur, nak amek air pun beratur..senang cakap, duduk hostel ni semuanya kena beratur laa...huh! Time tu kitorang makan pakai tray lagi. Makanan kat DM xde la sedap sangat. Kalau setakat terjumpa ulat daun kaler hijau tengah menggeliat baru bangun tidur kat dalam sayur tu perkara biasa dah, ketepikan dan ngap je la..hahaa. Lepas lunch, solat zohor n siap2 untuk pergi prep petang pulak. Prep petang start pukul 3 sampai la pukul 4.30. Prep ni time untuk buat homework or study tapi aktiviti tidur berjemaah la yang paling femes..hihii. Untuk first week ni, kitorang xde prep lagi sebab terlibat dengan orientasi. So, berkumpul kat dewan je la siang malam. Time orientasi ni la kitorang di inform pasal tradisi2 SHAH Pekan. Contohnya, kalau selisih dengan kakak2 or abang2 kena bagi salam, tak boleh kurang ajar n blablabla... "terima kasih abang2 dan kakak2", tu la ayat time orientasi yang aku tak boleh lupe sampai sekarang. Wahaha! Esoknya nak pergi sekolah, aku dah tak iron baju..hehe. Serik sangat la kununnye gara2 tunggu turn sampai kul 2 pagi tu. Aku pakai baju beli je. Baju 'canggih'..hahaa. Disebabkan tak iron, makanya nampak la garis2 lipatan baju tu, maklum la baju baru keluar dari plastik..heee. Hari seterusnya tu pun yakni hari jumaat aku tak iron gak baju sekolah, baju baru keluar dari plastik gak. Lepak gile la pergi skolah pakai baju tak iron..hahaa! Hari sabtu tu ada inspection, tiba2 kakak PKP(pen.ketua pengawas) tu buat teguran time inspection. Dia cakap, "adik2 form 1, lenkali gi skolah tolong la iron baju ye..ni akak tengok ade yang gi skolah x iron baju, siap ade kesan2 lipatan lagi..tau la baju baru sume" Erkkkkk, aku la tuhh!!!! wakakakakaaa..awal2 dah kena sound..otai seyhh!! Lepas inspection tu, parents aku datang..bila nampak je mama, aku terus lari2 peluk mama aku n nanges2..kuikuiii. Aku mintak dengan parents aku nak tukar sekolah sebab tak sanggup duduk hostel tapi diorang tak kasi. Itu la kisah first week aku kat SHAH. I wish dat i can turn back time and stay at dat moment forever n ever... =,( k la, c u again...daaaaaaaaaaa~!!

Friday, November 21, 2008

::Cuti Sem Datang Lagi!!::

Sekarang dah start cuti sem. Dah habis pun sem 5..yeahhh! Tapi ntah la..aku tak rasa excited sangat pun. Banyak benda tak best yang happened akhir2 sem aritu. Hubungan aku dengan member2 yang aku sayang tak berapa ok sgt. Bukan tak ok langsung, cume tak ok macam biasa..sedihnyeee.....(T_T). Tak tau la hubungan tu boleh ok semula or tak. Thing seems so uncertain rite now..i do really hope dat everytin will be fine later. Gelak2 cam dulu, hangout, gosip2... Aku ingat aritu nak hang out dengan diorang after exam tp masing2 blah awal..xberkesempatan lak. Aku juz sempat lepak2 dengan syu je malam tu. Pastu buat marathon layan movie indon sampai pukul 4 pagi..hehee. Esoknya pulak, kitorang lepak rumah aina makan2. Sedap mak dia masak tapi pedas sikit la..sampai terkeluar mukus2 aku yang terpendam..ahakzz..yurkkk! Petang tu plak terus mama datang amek aku(mama memang tak kasi can untuk aku berfoye2..hehe). Aku xde rasa excited pun. Aku diam je dalam kereta. Banyak benda yang aku fikir. First, aku risau dengan last paper aritu..subjek wastewater. Ntah la, aku rasa aku burn 40 markah camtu je..huhh! Pastu, aku fikir lak pasal hal aku dengan member2 aku tu. Pastu, aku fikir pasal mp4 aku. 700 lagu dalam mp4 aku hilang camtu je..hilang sekali dengan 40 video best2 yang aku susah2 kumpul..waduhhh! Aku kena download semula... Tu la 3 perkara yang berlegar2 kat kepala aku sepanjang perjalanan dari pj tu. Bile dah sampai rumah tu, bermula la cuti sem aku. Tapi aku tetap tak happy..sobsobbbsss. Aku ingat cuti sem ni nak kerja tapi mama pulak tak kasi. So, aku nak duduk rumah je menggemukkan badan disamping mempelajari ilmu2 berumah tangga..wahaha..ok x?? Fighting safwa!! K la,daaaaaaaaaa~!!

Thursday, November 20, 2008

::Malam Yang Menyeramkan::

Semalam aku lepak dalam bilik abang aku online. Lama la jugak aku berfoye2 di alam maya tu. Dalam pukul 3 pagi tu baru aku stop. Time tu aku sorang2 je..yang lain semua dah tido. Aku pun masuk la bilik aku. Gelap. Aku rasa tak sedap hati. Macam ada 'sumtin' je dalam bilik tu. Eishh..dah la aku tidur sorang2. Cuak2. Aku pun bukak lampu, usha2 bilik aku jap. Semuanya ok je. Pastu aku tutup lampu n landing atas katil dengan yakinnye. Gelappp...sunyiii...sepiii....tiba2 ada barang dalam bilik aku terjatuh. Oo my God..aku terus nyorok dalam selimut. Pejam mata rapat2. Aku tak berani nak tengok apa2 pun. Mungkin ada entiti halus sedang berkeliaran dalam bilik aku tu kot....warghhh! Dalam takot2 tu, aku pun terlelap...ZzzzzZZzzz... Tiba2 aku terjaga..sebab aku rasa katil aku goyang! Dalam keadaan separuh sedar tu, aku memang rasa katil aku macam bergegar..2 kali..tapi aku malas nak layan sebab nikmat tido tu mengatasi rasa takot aku..hahaa. Lagi pun aku fikir, mungkin sebab katil aku dah tak kukuh kot. So, aku sambung je la tido...ZzzZZZzzzz. Esok paginye, dengan sukacitanye aku try la goyang2kan katil aku..dan dengan dukacitanye gak aku dapati katil aku tu kukuh je. Sikit pun xde efek bila aku try goyang2 kan. Errrkk..aku pun lantas mengambil towel dan pergi mandi sambil dalam hati tertanya2 "kenape tibe2 barang aku terjatuh? walhal xde angin pun.. kenape katil aku tibe2 goyang?? walhal kukuh je.." Agagagaaa!! Biasa la tu, kewujudan entiti2 lain memang tak dapat dinafikan..Wallahualammm. Take it easy babeyh! k,daaaaaaaaaaa~!!

Wednesday, November 19, 2008

::Welcome To My Life::

Hye..what's up..welcome to my life...the story of a girl with her thousands agonies..aku la tu. hihii.. kenapa orang buat blog eh? hurmmm..mungkin nak isi masa lapang, nak share everythin yang happened, nak meluahkan isi hati yang terbuku ke..errk, mungkin la kot..haha..n mungkin gak luahan monolog dalaman seseorang tu. Itu kot antara contributing factors yang membawa kepada terciptanya sesebuah blog tu. Cewahhh! Kenapa lak orang sibuk nak baca blog orang lain?? Macam yang aku selalu buat tuu..hihii! Ntah la, tapi cam besh la baca blog orang. Mungkin sifat menjaga tepi kain orang tu sangat extreme bagi spesis2 macam tu..tapi kadang2 blog orang tak kenal pun aku main baca je...saja..mengisi masa lapang. cehh..tapi tak salah pun nak baca blog orang..kalau taknak orang baca, takyah la publish kan...take it easy babeyh! k la,daaaaaaaaa~!!