Moshi Moshi

Monday, March 22, 2010

::Leaving You::


I will not kiss you
coz the hardest part of this is...leaving you....

Friday, March 5, 2010

::Keranamu Amanda::


Melihatkan anak kecil ini membesar di depan mata, hati terasa begitu bahagia. Saban hari, ada sahaja telatah baru yang di pamerkan. Hilang segala penat tatkala pulang dari kerja apabila melihat si comel ini ketawa mengekek sambil menggerak-gerakkan kaki dan tangannya minta didukung sebaik saja aku muncul di depan pintu. Jika tidak di turuti permintaanya, mulutnya mula bising menjerit-jerit seolah-olah ingin aku memberi perhatian kepadanya. Hihihi...Amanda2...=) Hati wanita mana yang tidak tersentuh melihat zuriat yang dikandung di dalam rahimnya selama sembilan bulan, kini sudah mula memanggilnya 'ma..mmaaa'. Meskipun ungkapan itu bukanlah ditujukan kepadaku, namun setiap kali bibir kecil itu melontarkan ungkapan itu, hatiku turut tersenyum =) Itulah anak. Anugerah terindah yang diberikan oleh Allah, hasil ikatan suci dua hati. Namun, mengapakah ada segelintir manusia yang sanggup menzalimi anak kecil sebegitu?? Tidak wujudkah perasaan kasihan di hati mereka tatkala melihat anak itu meronta-ronta menangis kesakitan?? Tergamakkah melihat anak itu menghembuskan nafas terakhir disebabkan kezaliman anda sendiri?? Huh....

p/s: Kenapa ada wanita yang sanggup tinggalkan anak sendiri dengan bf yang jelas-jelas pemabuk+kaki pukul? Disebabkan KEBODOHAN kau sendiri, anak kau jadi mangsa! Oppsss..i didn't mentioned any name here. So, siapa yang makan taik, dialah yang terasa payaunya. No doubt! Justice for kids. Adios~