Moshi Moshi

Friday, May 29, 2009

::A Millionaire's First Love::

Filem cinta Korea sememangnya sangat menarik. Maka, tidak hairanlah sebegitu ramai pengikut2 setia drama dan filem2 Korea di seluruh Asia. Bermula dengan drama Winter Sonata, diikuti pula dengan drama Autumn In My Heart, drama2 Korea terus mencipta fenomena dan kekal bertapak di Malaysia sehingga ke hari ini serta mempunyai pengikut2 nya yang tersendiri. Tatkala itu, nama2 seperti Bae Young Joon, Won Bin dan Song Seung Hun mula meniti di bibir gadis2 di Malaysia termasuk juga di kalangan makcik2. Makcik2 tidak mahu kalah nampaknya di situ. Beberapa tahun kemudian, kewujudan drama2 Korea di Malaysia seakan-akan menyepi. Namun, kehadiran drama Full House pada tahun 2006 kembali menghangatkan suasana!!


Selain terkenal dengan elemen2 romantik, touching, pemandangan yang indah, soundtrack yang mengasyikkan beserta dengan barisan pelakon utama yang sejuk mata memandang, filem cinta Korea juga seringkali memilukan. Pasti akan berakhir dengan kematian. Cinta dan kematian dalam pembikinan filem Korea adalah sesuatu yang tidak mampu dipisahkan. Seolah-olah cinta yang berakhir dengan kematian adalah titik noktah bagi cinta sejati sebegitu. Namun, yang membuatkan filem2 'cinta mati' Korea benar2 menyentuh hati kita adalah lakonan yang amat mengesankan seperti cinta itu benar2 hidup dalam pembawa watak2 utama. Eh, asal aku macam
nak karang berita je ni. Hahaa...

Actually, aku nak story pasal satu filem Korea ni. Tajuk dia 'A Millionaire's First Love' yang dilakonkan oleh si kacak Hyun Bin dan si comel Lee Yeon Hee. Pada aku, filem ni simple je tapi cukup mendalam maksud dia. Walaupun kita cuma dapat 0.1% harta, tapi kita dapat bersama dengan orang yang kita cinta, itu akan menjadikan hidup kita lebih bermakna daripada kita dapat harta 99.9% tapi kita hilang orang yang kita cinta. Nonsense! Itulah apa yang tersirat di sebalik cerita ni but fate always be the fate. Kematian memang tak dapat di elakkan =(
Jom layan video ni..lagu ONE yang dinyayikan oleh DBSK ni merupakan salah satu soundtrack untuk filem ni.
I love dis song damn much!!!!






Here, is the translation of dis song in english...

ONE-DBSK

The dream I had about tomorrow,
has appeared here with the touch of your hands,
I come so soon
You're too far,

I don't know if I can say what I want,

I've been keeping my feelings hidden


What kind of feelings are in your heart?

What is in those eyes that look into the future?

Is this all for me?

It seems like I'm alive.

Thank you for giving me everything.


Someday I´ll lay my love on you.

Baby I don´t wanna lose you now.

Just one, only you

Let now be like the day we met

The one reason I live is you

These feelings are only for you


These days that have passed tell me that love can be eternal

Wait for me at the day's end.
I'm so happy when I'm loving you.

We can be forever,
anywhere in the world we want

Just one, only you

My life's one love

There's no one else other than you

I know this, I believe it, its forever

How did you find me, inside this many people?

Now I'm coming to your side

I pray for this love to be true,
wherever we are in the world

miss you, my baby you

Stay with me now, for a while longer

These moments pass like a lie

Each changing day...

Someday I´ll lay my love on you.

Baby I don´t wanna lose you now.

Just one, only you
Let now be like the day we met

The one reason I live is you

These feelings are only for you

Kepada sesiapa yang nak dengar lagu ni, boleh la download kat link yang aku sediakan kat bawah ni. Lagu ni ada dua version. Lagu tetap sama, penyanyi pun tetap sama, cuma bahasa je berlainan. So, you can choose which version that you prefer the most

Korean version
Japanese version


K, have fun. Take care. Daaaaaaaaaa~!!

Monday, May 25, 2009

::Roti Paling Sedap (18SG)::

Nak try roti paling sedap??
:
:
:











Seriously, ini cuma roti!! Jom makannnnnnn... erkkk, sanggup ke??

::I'm Living With My Tears::

Ku tak selalu berdiri
Terkadang hidup memilukan
Jalan yang kulalui untuk sekadar bercerita
Pegang tanganku ini...
Dan rasakan yang ku derita
Apa yang kuberikan
Tak pernah jadi kehidupan
Semua yang kuinginkan
Menjauh dari kehidupan..............

Ya Allah.......... =,(

~~~I'm living with my tears~~~

::Korea Embassy Event::

Anyong haseyo... =)
Baru2 ni aku join Korea Embassy Event 2009. Memang hyper seronok la!! hehe. Event ni Kedutaan Korea yang anjurkan. Ramai jugak spesis2 koreanholic yang join event tu. Orang Korea pun ramai gak yang datang. So, amek kesempatan la usha mamat2 korea yang hensem dengan gaya2 tak mandi tuh...ngeee~ Macam2 ada...pertunjukan martial arts Korea, tarian tradisional Korea, makanan Korea, tempat2 menarik kat Korea dan macam2 lagi la aku malas nak type xde mood lagi ni..adeihhh....... Persembahan Nobody pun ada gak tapi bukan Wondergirls la yang datang, ntah mane2 minah dia kutip. Tapi yang buat aku teruja dengan extremenya sebab ada pelakon2 'Boys Over Flowers'!! mwahahaha...walhal bukan yang real pun..sekadar patung kertas je. Dapat la cium2 Junpyo..peluk2 Jihu..Hahaa. Disamping melakukan aktiviti tak bermoral bersama patung2 tersebut, aku tak melepaskan peluang gak untuk pakai hanbok. Best! Rasa macam anak jati korea je bila pakai hanbok tu..hehehehe. Kat bawah ni aku uploadkan beberapa keping gambar kat event tu..layannn...








Ngeeee..oppa, saranghae~!!! hehe..setakat jumpa patung pun dah sawan gile. Kalau jumpa yang real2 punya..tak tau la apa aksi2 terlampau yang aku akan buat. kuikuii...
Ok la, semoga enjoy. Kamsa hamnida..anyong~

Wednesday, May 20, 2009

::Doa Seorang Gadis::

Ya Allah ya Tuhanku,


Aku berdoa untuk seseorang, yang akan menjadi sebagian dari hidupku.
Seorang yang sungguh mencintaiMU lebih dari segala sesuatu.
Seseorang yang akan meletakkanku pada posisi kedua di hatinya setelah Engkau.
Seseorang yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukMU.
Wajah dan daya tarikan fizikal tidaklah penting. Yang paling penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan haus akan Engkau dan memiliki keinginan untuk menjadi seperti Engkau.
Dan ia haruslah mengetahui bagi siapa & untuk apa ia hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia-sia.
Seseorang yang memiliki hati yang bijak bukan hanya otak yang cerdas.
Seseorang yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormati aku.
Seseorang yang tidak hanya memujaku tetapi dapat juga menasihati ketika aku berbuat salah.
Seseorang yang mencintaiku bukan karena kecantikanku tetapi kerana hatiku.
Seseorang yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktu dan situasi.
Seseorang yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika berada di sebelahnya.
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna, Namun aku meminta seorang yang tidak sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna dimataMU.
Seseorang yang membutuhkan dukunganku sebagai peneguhnya.
Seseorang yang memerlukan doaku untuk kehidupannya.
Seseorang yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya. Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.

Dan aku juga meminta :

Buatlah aku menjadi seorang wanita yang dapat membuat kekasihku itu bangga dan bahagia.
Berikan aku sebuah hati yang sungguh mencintaiMU, sehingga aku dapat mencintainya dengan cintaMU, bukan mencintainya dengan sekadar cintaku.
Berikanlah RohMU yang lembut sehingga kecantikanku datang dariMU bukan dari luar diriku. Berilah aku tanganMU sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya.
Berikanlah aku mataMU sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dalam dirinya dan bukan hal buruk saja.
Berikan aku mulutMU yang penuh dengan kata-kata kebijaksanaanMU dan pemberi semangat, sehingga aku dapat mendukungnya setiap hari.
Berikanlah aku bibirMU dan aku akan tersenyum padanya setiap pagi.
Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakaan "betapa besarnya Tuhan itu kerana Engkau telah memberikan kepadaku seseorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna". Aku mengetahui bahawa Engkau menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang Kau tentukan.

Amin...

Tuesday, May 19, 2009

::Nightmare Semester 6::

Uishh..dah berkurun aku x sentuh blog ni. Kebizian terlampau tatkala semester 6 membuatkan aku langsung xde masa nak merapu kat sini..hehe kunun la..(walhal banyak buang masa kat website cassiopeia) ngeeee...!! Sekarang dah cuti sem balik..bermakna tinggal lagi 2 sem untuk aku tamatkan pengajian aku. Yeahhh~ Mengimbau balik semester 6, macam2 hal berlaku kat aku...
sedih,suka,duka,penat,sakit,nangis,kesal..ermmm......
Aku percaya, setiap apa yang jadi tu mesti ada hikmahnya..tak pun, Tuhan nak aku belajar 'sumtin'..sebab tu Dia kasi aku lalui pengalaman2 tu semua. Sesungguhnya, Allah tu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Pernah dalam sem ni, aku berada dalam tahap depresi yang sangat tinggi sampai tekanan darah aku pun turun mendadak..hemoglobin pun kurang..rasa cam nak pitam je. Time tu aku memang sangat2 tertekan dan terlalu memikirkan satu perkara tu sampai bernanah otak aku..hukhukk! Alhamdulillah, sekarang semuanya dah setel..aku pun dah sihat balik..dan mampu tersenyum kembali =) ngeee...good morning revival!! Thanx for those who always stickin up by my side thru my ups n down..dan kepada insan2 yang aku sayang, thanx for ur never-ending encouragement..Semoga Tuhan merahmati kamu semua...aminnnnn~~~

Saturday, December 13, 2008

::Mesirkuuu...::

Mesirku...
Namamu tak terukir
Dalam catatan harianku
Asal usulmu tak hadir
Dalam diskusi kehidupanku
Wajah wujudmu tak terlukis
Dalam sketsa mimpi-mimpiku
Indah suaramu tak terakam
Dalam pita batinku
Namun kau hidup mengaliri
Pori-pori cinta dan semangatku
Kerna....
Kau adalah hadiah agung
Dari Tuhan
Untukku
Ya Mesirkuuuu....


Seorang lelaki soleh yang akan menjadi Mesirku, yang akan aku cintai sepenuh hati dalam hidup dan mati, yang akan aku harapkan jadi teman perjuangan meredah masa depan, dan menapaki jalan Ilahi...siapa?? Wallahualam... Dia masih berada dalam alam ghaib yang belum dibukakan oleh Tuhan untuk aku. Jika waktunya sudah tiba, semuanya akan terang. Hadiah agung dari Tuhan itu pasti akan datang....ana uhibbuka fillah ya akhi..InsyaAllah~

Friday, December 12, 2008

::Jom Edit Foto!!::

Tonooottttt... Baru2 ni aku discover 1 website ni, seronok gak la layan website tu..boleh edit2 foto. Tanpa menghiraukan waktu yang berjalan, aku pun melekat kat website tu tanpa sebarang kompromi sampai kul 3 pg. hehee.. Kat sini aku upload beberapa keping foto hasil daripada ketekunan aku tu.. hukhukk..lets check it out babeyh..












Hohoo...ni beberapa keping je yang aku upload, ada banyak lagi yang aku buat tapi tak larat lak nak upload semua. Aku suka foto yang kat tv lama tu, nmpak cam real je. Foto yang last tu aku agak geli la tengok..nevermind, juz for fun..yaaayy! Kepada siapa2 yang berminat nak try mende haram jadah ni, boleh la click kat link yang aku sediakan kat bawah ni...seronok beb,try la...


--> http://www.photofunia.com/


Owkey, have fun...daaaaaaaaaa~!!

Thursday, December 11, 2008

::Ayat-ayat Cinta::

Hurmm..minggu lepas aku dengan family aku pergi Kota Bharu, ayah aku outstation kat sana. 5 hari stay kat sana, macam bercuti gak la. Selama 5 hari aku stay kat hotel tu, aku isi waktu aku dengan membaca novel Ayat-ayat Cinta yang dikarang oleh Habiburrahman, bekas penuntut Universiti Al-Azhar..(safwa baca novel=pelik tapi benar)..kuikuii! Honestly, aku ni bukan la jenis yang suka sangat baca novel2 ni..tapi hati aku terpanggil nak baca novel ni lepas aku layan filem Ayat-ayat Cinta. Pada aku, filem tu lain la dari filem2 cinta yang lain..filem tu betul2 buat aku fikir lebih dalam lagi tentang cinta dalam islam..tentang jodoh..tentang kesabaran...berkaca gak la mata aku layan cerita tu. Ok, berbalik pada novel Ayat-ayat Cinta ni..sebenarnya, cerita dalam novel lagi complete la berbanding filem..setiap situasi tu dihuraikan dengan begitu detail sekali..apa yang difilemkan tu sebenarnya yang telah diringkaskan sangat2..ada gak scene2 yang ada dalam novel tapi xde dalam filem, contohnye time fahri masuk hospital..mungkin pihak produksi nak jimatkan masa kot, sbb tu ada scene2 yang terpakse dicantas..huhu. Aku rasa tak rugi pun kalau kita baca novel ni sebab banyak input n ilmu yang kite boleh dapat sebab novel ni bukan sekadar kisah cinta semata2 tapi ada gak menyelitkan hadis2 nabi beserta huraiannya sekali, kisah2 nabi dan para sahabat...semua tu kan ilmu.. Ilmu yang dapat meningkatkan rasa cinta kita pada agama kita. Cewahh,ini betul cakap maa..novel pembangun jiwa la katakan. Even novel ni dalam bahasa indonesia, tapi xpe..still boleh faham lagi. Nak cite panjang2 pun x guna, kat sini aku dah sediakn link untuk korang download novel tu..baca n judge la sendiri. Tak rugi pun baca, banyak ilmu dalam tu..tak salah kan sekali-sekala baca novel islamik macam ni untuk bersihkan jiwa..heee~

--> Download Novel Ayat-ayat Cinta

Kat bawah ni gak aku sediakan link2 untuk korang download sountrack filem Ayat-ayat Cinta.. Sountrack dia memang superb la..layanzzzz...

--> Ayat-ayat Cinta (Rossa)

--> Takdir Cinta (Rossa)

--> Jalan Cinta (Sherina)

--> Tercipta Untukku (Rossa ft. Ungu)

Ok, semoga terhibur...berhibur sambil membersihkan jiwa..k,daaaaaaa~!!

p/s: Sg. Nil dan Mesir adalah jodoh...if i was Nil, makanya..Mesirku dimana ya??

Wednesday, December 10, 2008

::Bingkisan Doa::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih...

Ya Allah, Ya Tuhanku...
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku, tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu kekal abadi
Dan Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Penyayang
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi
Tetapi Ya Allah, Ya Tuhanku
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Serta Ya Allah
Ya Tuhanku yang Maha Pengasih
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya
Jauh ke dada langit
Bersama senja nan merah
Agarku bisa bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya
Dan Ya Allah yang tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya
Ya Allah, Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah ditakdirkan
Adalah yang terbaik buat diriku ini
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini
Ya Allah cukuplah Engkau sahaja
Yang menjadi Pemeliharaku
Di Dunia dan juga di Akhirat nanti
Dengarlah permintaan dan rintihan dari
HambaMu yang daif ini Ya Allah
Jangan Engkau biarkan aku bersendirian
Di Dunia ini mahupun di Akhirat nanti
Menjuruskan aku ke arah
Kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah padaku seorang
Pasangan yang beriman dan beramal soleh
Supaya diriku dan dirinya sama-sama
Mendapat keredhaan dariMu Ya Allah
Dan seterusnya Ya Allah
Dapat membina hidup ini
Dengan penuh kesejahteraan
Ke jalan yang Engkau redhai
Serta kurniakanlah pada kami Ya Allah
Keturunan yang soleh dan solehah
AMIN...YA RABBAL A'LAMIN............